Pedang Tumpul, Lidah Tajam

Salah Rakyat atau Salah Kerajaan?

 

Tukang cuci -  Kebanyakan pekerjaan ini dipelopori oleh warga Indonesia

Tukang cuci – Kebanyakan pekerjaan ini dipelopori oleh warga Indonesia

Operator pengeluaran - Sektor ini sering menghadapi masalah pekerja tempatan yang keluar masuk.

Operator pengeluaran – Sektor ini sering menghadapi masalah pekerja tempatan yang keluar masuk.

Kenyataan akhbar berkenaan kebenaran pengambilan pekerja asing.

Keratan akhbar berkenaan kebenaran pengambilan pekerja asing oleh KDN.

Tidak ramai warga tempatan berminat dengan pekerjaan sebagai buruh binaan.

Tidak ramai warga tempatan berminat dengan pekerjaan sebagai buruh binaan.

Masyarakat rata-rata tidak bersetuju dan kurang senang dengan kebanjiran warga asing di negara ini berikutan dengan kegiatan kurang senang di mata orang ramai yang dilakukan mereka seperti berpeleseran, jenayah dan sebagainya.

Kemaslahatan ini bukanlah sesuatu yang baru kerana ia telah barlarutan sejak bertahun-tahun yang lalu. Lantas, ramai orang menyalahkan kerajaan kerana menggalak pengambilan tenaga kerja yang ramai dari negara luar seperti Nepal, Bangladesh, Indonesia, Filipina dan Myanmar.

Antara alasan-alasan yang dikemukakan orang ramai ialah adakah tiada lagi kepakaran daripada warga tempatan, kehadiran mereka menggugat kegiatan gejala sosial dan sebagainya. Justeru, mereka terus menyalahkan kerajaan atas kebanjiran tersebut dan menyokong pembangkang yang membawa isu ini dengan cara yang salah.

Di Malaysia sehingga hujung tahun lepas hampir 3 juta warga asing telah diambil bekerja di pelbagai bidang dalam sektor swasta. Rata-rata mereka diletakkan dalam kumpulan pelaksana dan sokongan.
Antara kerja-kerja yang dilakukan mereka ialah buruh binaan, operator kilang, tukang cuci & sapu, pemungut sampah domestik, pembantu rumah dan kedai, atendan pam minyak, pekerja bengkel dan tukang kebun.

Kumpulan-kumpulan pekerjaan dalam sektor bekernaan adalah sangat penting dalam menjana produktiviti sesebuah syarikat dan secara langsung menjadi penyumbang kepada pembangunan ekonomi.

Sepatutnya bukan kerajaan yang disalahkan, tetapi masyarakat sendiri. Kerajaan perlukan tenaga sedemikian untuk membangunkan negara daripada mat rempit-mat rempit yang akan merosakan masyarakat dan harta benda awam.

Kebanyakan golongan belia terlalu memilih kerja. Umpama ‘kerja nak bagus tapi, belajar main-main’. Rata-rata golongan sedemikian menolak kerja-kerja yang dilakukan oleh warga asing atas alasan gaji yang kecil, tiada kelas dan malu. Justeru, ramai orang muda terutama lepasan SPM yang kurang baik memilih untuk menganggur daripada melakukan kerja-kerja sedemikian.

Sekiranya mereka memasuki sektor berkenaan pasti, mereka tidak akan kekal lama. Sama ada tukar ke jabatan yang lain ataupun berhenti terus dan cari kerja lain.

Gaya kerjaya sedemikian menjadi kegusaran majikan yang memerlukan pekerja yang setia kerana terdapat pelbagai peluang kenaikan dan pembinaan kerjaya yang disediakan. Apabila sudah mempunyai pekerja, majikan sepatutnya fokus terus kepada objektif syarikat namun, mereka terpaksa memikirkan masalah pekerja yang keluar masuk dan boleh melembabkan produktiviti syarikat mereka.

Lantara itu, majikan terus memilih untuk mengambil pekerja asing untuk meneruskan operasi syarikat. Pilihan pekerja asing dibuat kerana rata-rata mereka setia dengan majikan, bekerja bersungguh-sungguh dan tidak kisah dibayar dengan gaji yang rendah asalkan mempunyai pekerjaan untuk menyara keluarga di kampung.

Jadi, sebagai ahli masyarakat, kita harus memikirkan semula kebanjiran warga asing di negara ini disebabkan oleh siapa? Apa pula tujuan kerajaan membenarkan pengambilan pekerja asing di sini. Adakah kita patut salahkan kerajaan yang sedang bekerja untuk membangunkan negara? Adakah kita patut salahkan warga asing yang datang mencari kerja dengan ikhlas? Adakah kita patut setuju seratus peratus kebanjiran warga asing akan menyusahkan kita?

Jawapannya adalah tidak. Ia salah kita sebagai masyarakat kerana membiarkan orang-orang muda terlalu memilih kerja, belajar main-main dan ashik tukar kerja.

 

Incoming search items:

  • Warga Asing
  • Jenayah Asing
  • Bangladesh
  • Filipina
  • Indonesia
  • Nepal
  • Myanmar
  • Pekerjaan
  • Jawatan
  • Kumpulan Sokongan dan Pelaksana
Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Gumpalan Label

%d bloggers like this: