Pedang Tumpul, Lidah Tajam

Archive for Februari, 2012

Keluhan Penyokong Malaysia

Mengulas perlawanan Malaysia menentang Bahrain tempoh hari, KK sempat menemubual salah seorang peminat yang sudah lesu dengan adegan bola sepak tanah air yang kurang mantap. Katanya bukan masalah pemain tetapi masalah dari segi pengurusan di peringkat pusat.

Belalang (bukan nama sebenar) berpendapat bahawa peluang Malaysia agak cerah apabila berjaya mendahului 2-o ketika menentang Bahrain, namun akibat kelekaan pemain pada minit-minit terakhir pihak lawan berjaya mematahkan harapan negara dengan jaringan 3 gol sekali gus membenam Malaysia pada pusingan pertama dan ia menyukarkan perlawanan untuk pusingan ke-2.

Tambah dukacita, Harimau Muda tetap tewas pada Bahrain pada pusingan ke-2 dengan bolos 2 gol.

Penyokong Harimau Muda terbabit tidak menyalahkan pemain yang mungkin keletihan dan jurulatih Harimau Muda Ong Kim Swee. Walaubagaimanapun pengkritik mengkritik pengurusan di peringkat tertinggi apabila beliau mendakwa pihak pengurusan tertinggi memilih bulu dalam memutuskan pemain-pemain bola sepak untuk diangkat menjadi pemain kebangsaan.

Katanya, “Malaysia bukan player tak bagus, tapi bahagian pengurusan yang sangkut. Cuba awak fikir awak ada kawan boleh main bola dalam masa yang sama awak juga ada kawan bekerja di bahagian sukan di jabatan berkaitan, lepastu awak mintak tolong kawan awak tu supaya kawan awak yang seorang lagi tu dapat jadi pemain kebangsaan dan kawan awak tu dapat jadi player walaupun bukan top player. Semua orang boleh main bola tapi nak cari yang top player baru boleh jadi pemain kebangsaan”

Beliau memberi pandangan yang tidak puas hati terhadap pengurusan sukan bola sepak negara dan memilih pemain ala-kroni tanpa memikirkan kualiti pemain. Namun pengkritik tersebut berpuas hati dengan pemain Safee Sali yang dikatakan sebagai seorang pemain yang berdikari dan mempunyai kualiti sebagai pemain kebangsaan selayaknya.

Harapan beliau supaya pihak pengurusan sedar akan masalah tersebut dan meneliti semula pemilihan pemain bola sepak untuk dipilih sebagai pemain kebangsaan yang boleh menyalakan api kegemilangan bola sepak Malaysia.

Advertisements

Helah Untuk Menjadi PM (tak sayang negara)

 

Kecoh isu Anwar Ibrahim dalam kenyataannya kepada Wall Street Journal (WSJ) berkenaan sokongan penuh beliau terhadap keselamatan Israel yang telah menyeksa puluhan ribu rakyat beragama Islam Palestin.

Kenyataannya –

“Saya menyokong semua usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel,” kata Encik Anwar, walaupun beliau tidak berkata bahawa beliau akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu, satu langkah yang katanya kekal luar jangkaan bagi Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin.

Malaysia secara konsisten tidak menjalin sebarang hubungan diplomatik dengan Israel, walaupun hubungan perdagangan terhad yang wujud di antara syarikat-syarikat swasta di kedua-dua negara. – WSJ (sumber: http://anwaribrahimblog.com/2012/02/03/penipuan-umno-tentang-anwar-dan-israel-tindakan-keganasan-yang-diperhatikan-dunia/)

Mendapat kecaman teruk terutama dari Duta Palestin ke Malaysia Abdelaziz Abughoush yang menjelaskan tindakan Timbalan Perdana Menteri yang dipecat itu sebagai tidak masuk akal dan membejat keterimaan sokongan rakyat Palestin dari Malaysia.

KK berasa pelik dengan tindakan Anwar Ibrahim kerana terlalu sengkek untuk mendapat sokongan dunia terhadap cita-cita politik peribadi beliau yang semata-mata ingin menjadi perdana menteri. Israel mempunyai kecanggihan teknologi senjata namun kelebihan itu telah digunakan untuk menyiksa umat Islam Palestin dan ia seolah-olah mendapat sokongan padu daripada Anwar Ibrahim.

Ini bermakna jika Palestin mendapat peluang untuk menyerang semula Israel dengan mengambil kembali negara mereka, Anwar Ibrahim pula akan memberi sokongan (yang mungkin dalam apa jua bentuk) kepada Israel supaya negara yang tidak diiktiraf itu dilindungi daripada serangan balas daripada Palestin.

Dalam erti kata lain – AI & Israel Help Against Palestin atau AI & Israel hate Muslim & Palestin.

Penyokong-penyokong Anwar Ibrahim, terus menyokong dengan membalas ‘bahawa Malaysia mempunyai rakan dagangan dengan Israel. Hal tersebut adalah urusan perniagaan “Business Matter” di mana ada permintaan di situ ada jualan. Membenarkan pengangkutan seperti kontena Yahudi memasuki Malaysia boleh dilihat sebagai timbal balik syarikat tersebut perlu membayar cukai kepada Malaysia dan hak dagangan keseluruh dunia memandangkan Malaysia tidak mengenakan sebarang sekatan ekonomi kepada Israel.

Memang hakikat Malaysia tidak mengiktiraf negara haram Israel kerana melanggar hak asasi manusia dan keselamatan dengan menyeksa dan membunuh puluhan ribu orang Islam Palestin dan mengenakan pelbagai sekatan terhadap Palestin sehingga terpaksa melakukan aktiviti penyeludupan untuk mendapatkan bekalan makanan.

Berbalik kepada perkara asal, pendapat KK bahawa Anwar Ibrahim tidak wajar berbuat demikian kalau beliau sayangkan Malaysia, sayangkan Islam dan sayangkan rakyat Malaysia. Hentikan agenda peribadi untuk menjadi Perdana Menteri.

Gumpalan Label