Pedang Tumpul, Lidah Tajam

Archive for the ‘Sport Respond’ Category

Keluhan Penyokong Malaysia

Mengulas perlawanan Malaysia menentang Bahrain tempoh hari, KK sempat menemubual salah seorang peminat yang sudah lesu dengan adegan bola sepak tanah air yang kurang mantap. Katanya bukan masalah pemain tetapi masalah dari segi pengurusan di peringkat pusat.

Belalang (bukan nama sebenar) berpendapat bahawa peluang Malaysia agak cerah apabila berjaya mendahului 2-o ketika menentang Bahrain, namun akibat kelekaan pemain pada minit-minit terakhir pihak lawan berjaya mematahkan harapan negara dengan jaringan 3 gol sekali gus membenam Malaysia pada pusingan pertama dan ia menyukarkan perlawanan untuk pusingan ke-2.

Tambah dukacita, Harimau Muda tetap tewas pada Bahrain pada pusingan ke-2 dengan bolos 2 gol.

Penyokong Harimau Muda terbabit tidak menyalahkan pemain yang mungkin keletihan dan jurulatih Harimau Muda Ong Kim Swee. Walaubagaimanapun pengkritik mengkritik pengurusan di peringkat tertinggi apabila beliau mendakwa pihak pengurusan tertinggi memilih bulu dalam memutuskan pemain-pemain bola sepak untuk diangkat menjadi pemain kebangsaan.

Katanya, “Malaysia bukan player tak bagus, tapi bahagian pengurusan yang sangkut. Cuba awak fikir awak ada kawan boleh main bola dalam masa yang sama awak juga ada kawan bekerja di bahagian sukan di jabatan berkaitan, lepastu awak mintak tolong kawan awak tu supaya kawan awak yang seorang lagi tu dapat jadi pemain kebangsaan dan kawan awak tu dapat jadi player walaupun bukan top player. Semua orang boleh main bola tapi nak cari yang top player baru boleh jadi pemain kebangsaan”

Beliau memberi pandangan yang tidak puas hati terhadap pengurusan sukan bola sepak negara dan memilih pemain ala-kroni tanpa memikirkan kualiti pemain. Namun pengkritik tersebut berpuas hati dengan pemain Safee Sali yang dikatakan sebagai seorang pemain yang berdikari dan mempunyai kualiti sebagai pemain kebangsaan selayaknya.

Harapan beliau supaya pihak pengurusan sedar akan masalah tersebut dan meneliti semula pemilihan pemain bola sepak untuk dipilih sebagai pemain kebangsaan yang boleh menyalakan api kegemilangan bola sepak Malaysia.

Advertisements

Gumpalan Label