Pedang Tumpul, Lidah Tajam

Maaf, sudah lama tidak menyampaikan berita dan info-info sekeliling.

Sejenak memikir nasib golongan belia negara terutamanya dalam kalangan mahasiswa yang begitu rapuh jati dirinya mudah dipengaruhi dakyah pengkhianat bangsa.

KK terkilan melihat mahasiswa yang gerak mindanya cergas seperti pusingan enjin berkuasa tinggi mudah menjadi pencacai pihak parti politik yang berat sebelah. Dengan memakai baju berwarna kuning tertulis Bersih melihat mereka terkinja-kinja terpekik-terlolong macam pengunjung kelab-kelab malam haram yang diserbu pihak berkuasa.

Ceritanya begini, sewaktu diambang sambutan kemerdekaan 30 Ogos 2012. KK jika pembaca semua perasan KK memakai baju berwarna pink dan tertulis dan terlukis bendera perkataan Jepun dan bendera Jepun. Tak bermaksud pun KK nak memakai baju tu. Cuma nak bagi tahu yang KK tak memakai baju warna kuning.

Berbalik pada cerita tadi. Di tengah-tengah kesesakan ibu kota, orang ramai memakai baju yang kononnya Bersih itu berpusu-pusu dan bersesak-sesak menuju ke Dataran Merdeka. Mereka melaung-laungkan sesuatu yang kurang jelas dan meniup trompet-trompet macam orang yahudi. Ada sebahagiannya memakai topeng berwarna putih seperti dalam filem barat. (Nyata mereka banyak tonton TV sampai terpengaruh).

Macam KK katakan tadi, mereka terkinja-kinja seperti monyet sesat di kota. Terlompat-lompat macam orang-orang yahudi meraikan kemenangan menakluk Palestin.

Sorakan dan pekikan mereka diserikan lagi dengan bendera yang KK sendiri tahu bahawa bendera itu tak pernah dipakai mana-mana negara pun dalam dunia ini.

Begitu menyedihkan sekali sebab yang terlibat dengan gerakan itu semuanya adalah anak muda yang bijak pandai diterima kebijaksanaannya di institusi-institusi pengajian tinggi. Tetapi kelakuan dan pemikiran mereka ternyata tidak sematang mat-mat rempit di jalanan dan orang yang kurang ‘A’ dalam SPMnya.

Yang peliknya, orang tua-tua yang menyeru mereka supaya turun ke tempat keramat itu untuk memenuhi himpunan yang kononnya Himpunan Bersih menuntut pilihanraya yang adil dan bersih itu tidak kelihatan. Orang yang dimaksudkan itu bukan calang-calang orangnya, berpangkat Datuk Seri, Datuk, ilmuan tinggi Ulama’ dan ramai lagi. Tetapi mereka tidak kelihatan! Yang nyata hanya anak-anak muda yang diperkotak-katikkan.

KK menyeru kepada semua anak-anak muda. Jangan lagi terpengaruh dengan mereka. Segala tohmahan dan fitnah taburan mereka langsung tidak berasas. sedangkan mahasiswa itu diajar cara membuat ‘thesis’ dengan segala info-info perlukan rujukan, pengesahan dan dinyatakan kesahihannya serta dikreditkan sumbernya.

Bertindaklah sekarang. Anda semua cuma dipengaruhi dan disuntik dakyah orang tua yang dah nyanyuk terlalu tua untuk menjadi pemimpin malahan berfikiran sempit dan tak jauh sekali gus tak mampu membawa negara kepada tahap yang sama atau yang lebih baik daripada sekarang. Kerana mengisi kemerdekaan itu lebih susahnya daripada berjuang mencapai kemerdekaan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Gumpalan Label

%d bloggers like this: