Pedang Tumpul, Lidah Tajam

Mahasiswa Masih Matang

Bila sebut sahaja “Mahasiswa” masyarakat pada suatu ketika dahulu sangat menghormati golongan ini kerana mereka dianggap elite dalam keilmuannya yang dari pelbagai bidang, seorang yang arif, seorang yang bijaksana dan yang penting adalah seseorang yang terpelajar.

Bicara soal sahsiah dan keterampilan, mahasiswa diangkat sebagai seorang yang lembut tuturkatanya, bijak soal bicaranya, tuturkatanya yang membuat semua orang menghormatinya. Hal ini masyarakat hingga kini masih menganggap mahasiswa adalah aset negara dan belia adalah pelapis negara.

Dalam bicara soal politik atau sokongan terhadap mana-mana persatuan atau pertubuhan dalam negara cukup kritis dan kritikal seorang mahasiswa itu untuk mengkaji saluran yang mana yang tepat untuk menyuarakan pendapat dan cara bagaimana bahasa yang mampu mengekalkan reputasi seorang mahasiswa sama ada menerusi utusan surat, laungan suara mahupun penulisan di blog atau laman web.

Berkata mengenai kematangan, mahasiswa seperti telah dirujuk kemeruduman kematangan oleh pihak parti politik dan mempersoalkan kematangan mereka dan tahap kematangan mahasiswa, mengambil contoh pengamal-pengamal politik yang menggunakan bahasa yang kesat, laungan suara yang kasar saluran pendapat yang salah.

PERSOALANNYA, adakah seorang mahasiswa itu tidak waras untuk mencontohi mereka yang tidak bekeperibadian tinggi? Adakah mahasiswa itu perlu menajadi tidak matang seperti mereka? Adakah mahasiswa itu mesti menggunakan cara yang sama seperti mereka buat? Adakah mahasiswa itu lemah hati dan mindanya untuk diprovokasi dengan amalan-amalan sedemikian??

Adakah matang dengan mengeluarkan kata-kata yang kesat oleh mahasiswa? Adakah matang dengan melaungkan suara dengan kata-kata yang kasar? Adakah matang seorang mahasiswa itu dengan menggunakan saluran yang boleh menimbulkan kepincangan dalam masyarakat? Adakah matang mahasiswa itu untuk mengulas sesuatu perkara itu tanpa menyelidik perkara yang sebenar?

Masyarakat masih menghormati mahasiswa, jika mereka masih menghormati bererti mereka masih mempercayai mahasiswa, bererti mereka juga percaya mahasiswa adalah aset negara. Kalau hilang hormat, kepercayaan itu kepada mahasiswa ia bukan salah masyarakat tetapi salah kita sebagai mahasiswa untuk menjaga nama baik dan ilmu yang disemat di dada.

Saya percaya mahasiswa masih matang untuk meneraju ideologi-ideologi yang bernas untuk menjadi pemimpin negara.

Tempoh hari 24 – 27 Oktober 2011 di Jalan Raja Chulan telah diadakan satu mesyuarat bersama  NGO kedua-dua belah negara dalam menangani isu hubungan dua hala yang membabitkan isu sempadan yang mengganggu kelestarian hubungan Malaysia-Indonesia.

Beberapa perkara dibincangkan termasuk isu persempadanan, pelbagai artikel-artikel sejarah disemak semula bagi memastikan segala keputusan persempadanan antara Kalimantan Barat dan Sarawak yang didakwa Indonesia bahawa negara mereka telah kehilangan 1400 hektar tanah.

Walaubagaimanapun kenyataan tersebut telah disangkal oleh kabinet Indonesia.

Perjanjian Inggeris-Belanda telah disemak kembali untuk melihat keputusan persempadanan yang dibuat ketika perjanjian itu dimerterai.

Pelbagai isu lain turut dibincangkan termasuk masalah tenaga kerja Indonesia, masalah budaya dan masalah perdagangan.

Menjadi isu utama yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah isu persempadanan tersebut.

Beberapa resolusi telah dicapai dalam mesyuarat yang berlangsung selama hampir empat hari antaranya:

  1. Kedua-dua pihak berharap supaya pertemuan serupa dapat diadakan setiap tahun.
  2. Mengenalpasti orang yang bertanggungjawab untuk mendapatkan sebarang maklumat berhubung masalah hubungan kedua-dua negara.
  3. Malaysia-Indonesia bersetuju untuk mewujudkan pusat latihan serantau.
  4. Sekretariat pelaksana Pertemuan Serantau menjadi peneraju utama hubungan NGO kedua-dua belah negara supaya ia boleh dijadikan tindakan dan dilihat peranan dan hasilnya oleh kerajaan kedua-dua negara.
  5. Cadangan penubuhan satu “Kelab Peminat” Malaysia-Indonesia.
  6. Cadangan penyelesaian masalah menggunakan pendekatan yang diamalkan para Ulama.
  7. Memperkasakan peluang kerja dan usahasama antara kedua-dua negara dan menjadi rujukan ekonomi diperingkat global.
  8. Mempromosikan secara peribadi berkenaan pertemuan serantau dalam mengukuhkan hubungan Malaysia-Indonesia.
  9. Mencadangkan media kedua-dua belah negara menyiarkan berita yang mempromosi hubungan baik Malaysia-Indonesia.

dan ada beberapa perkara lain yang dicapai sepakat dalam pertemuan NGO Malaysia-Indonesia.

Pelbagai NGO dari kedua-dua negara menyertai mesyuarat pertemuan ini yang dirangka oleh Jaringan Melayu Malaysia (JMM) antaranya, JMM itu sendiri, Persatuan Pemikir Melayu, Gerakan Belia 4B, Pergerakan Persatuan Pemuda Muhammadiyah, Pergerakan Mahasiswa Islam Indonesia, Utusan Malaysia, Antara (media Indonesia) dan juga tiga wakil mahasiswa dari Malaysia iaitu Universiti Teknologi MARA juga pelbagai NGO lain yang menyumbang idea dalam pertemuan ini.

Turut hadir ialah YB Senator Mohamad Ezam Mohd Nor, Ahli Dewan Negara / Senator, Dato’ Sri Ahmad Zamzamin Hashim, Pengerusi Sekretariat Serantau.

tun faisal dot com.

Falsafah pendidikan negara adalah usaha kerajaan dan negara kearah melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai modal insan yang tinggi, seimbang dari segi jasmani dan rohani dan menerapkan konsep ketuhanan yang benar dan memupuk potensi diri secara progresif dan menyeluruh dan mampu memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemajuan negara.

Hal yang berlaku seperti di Sekolah Rendah Kebangsaan Telok Sira, telah menjejaskan imej pendidikan negara dan menafikan falsafah dan dasar sistem pendidikan negara. Melarang pelajar menduduki peperiksaan am (UPSR) dengan tujuan untuk menjaga reputasi dan nama sekolah dengan mengetepikan hak pelajaran oleh murid-murid yang dikira wajib atas dirinya dengan tujuan untuk memajukan dirinya.

Seharusnya, warga pendidikan seperti ini sepatutnya tidak layak mendapat pendidikan suatu masa dahulu.Hanya mengejar nama dan taraf, anak murid sendiri ditindas.

Kerajaan berusaha memberikan pendidikan kepada anak-anak muda dan menawarkan pelbagai peluang kepada mereka untuk melanjutkan pendidikan yang lebih tinggi bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia dan mengurangkan kadar kemiskinan di seluruh negara menerusi pendidikan yang berkualiti.

Pengumuman bajet 2012 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Razak, bakal memberi impak kepada 1.2 juta penjawat awam dengan penyelarasan semula gaji semua penjawat awam dan pesara kerajaan dengan kenaikan gaji sehingga 13 peratus juga berita baik kepada mereka dengan pengumuman bonus tahunan 2011 dengan pemberian setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada semua penyumbang-penyumbang tenaga dalam jabatan dan agensi kerajaan.

Pelbagai reaksi menarik apabila ura-ura kenaikan had umur persaraan wajib bagi penjawat awam dari 58 tahun ke 60 tahun, ia membuktikan kebolehan dan kemajuan yang diperolehi dalam kualiti kehidupan yang semakin meningkat.

Khidmat bakti mereka masih diperlukan dalam menyumbang kepada pembangunan negara dengan sekecil-kecil usaha mereka, penghargaan daripada Perdana Menteri kepada semua penjawat awam! Ia adalah suatu berita baik. Syabas!

Tidak ketinggalan penuntut-penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta, kebajikan mereka sebagai pelapis ilmuan negara terus dibela dengan pemberian baucer bernilai RM200 bagi membantu mereka dalam membeli keperluan buku-buku akademik sepanjang pengajian mereka. Semoga menjadi pemangkin kepada mahasiswa seluruh negara untuk meningkatkan kualiti modal insan kendiri.

Mengukir senyuman kepada keluarga-keluarga berpendapatan rendah seluruh negara dengan pemansuhan yuran tambahan dan bantuan baucer bernilai RM100 kepada semua pelajar Darjah 1 sehingga Tingkatan 5 di seluruh negara.

Selaras dengan dasar pendidikan negara, memberi pendidikan kepada seluruh warga Malaysia bermula pada usia 7 tahun.

Usaha kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela, negara Malaysia sudah lama mengamalkan kebajikan untuk rakyat dan ia sentiasa dititik beratkan dan dijaga bagi memastikan peranan rakyat dalam pemabangunan negara sentiasa berterusan.

Sebagai rakyat Malaysia, terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana mengenang jasa rakyat.

Yang penting sebagai rakyat Malaysia, bukan apa yang kita minta tetapi apa yang boleh kita sumbangkan untuk negara tercinta.

 

Membela rakyat, sejahtera negara

Oleh MARHAINI KAMARUDDIN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 7 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Bajet 2012 bagi meneruskan agenda transformasi nasional yang mengambil kira kebajikan segenap lapisan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana tanpa mengetepikan strategi untuk membangunkan negara.

Bertemakan Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara, Bajet 2012 yang merupakan bajet kedua dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), kata Najib, bakal menjadi pemacu untuk mencapai Wawasan 2020 dan matlamat negara berpendapatan tinggi.

Beliau yang juga Menteri Kewangan dengan itu menggariskan lima fokus utama yang akan diberi penekanan di bawah Bajet 2012 iaitu meligat pelaburan; mengungguli modal insan; transformasi luar bandar; memperkejap perkhidmatan awam; serta meredakan inflasi dan mengimarah kehidupan rakyat.

Belanjawan kali ini begitu menyeluruh sehingga menyentuh secara langsung golongan akar umbi melalui pemberian pelbagai insentif yang tidak dijangka termasuk bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, selain manfaat keseluruhan RM7,560 untuk pemilik teksi bajet bagi meringankan beban mereka.

Turut menerima insentif Bajet 2012 ialah warga emas, peneroka Felda, nelayan, wanita dan belia.

Golongan penjawat awam pula terus menerima imbuhan berganda apabila Perdana Menteri mengumumkan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus, kenaikan gaji tahunan RM80 hingga RM320 mengikut gred selain bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang akan dibayar pada Disember ini.

Kerajaan juga tidak melupakan golongan pesara apabila mengumumkan pelarasan pencen dua peratus setahun secara automatik mulai 2013 di samping menerima bayaran khas RM500.

Dalam usaha meringankan beban kos sara hidup rakyat, Perdana Menteri turut mengumumkan pemansuhan yuran tambahan sekolah mulai tahun depan, pemberian bantuan RM100 kepada semua pelajar daripada tahun satu hingga tingkatan lima, selain baucar buku RM200 kepada semua pelajar warga Malaysia daripada tingkatan enam hinggalah ke universiti.

Najib juga sempat menyindir pembangkang yang sering menguar -uarkan konsep negara berkebajikan sedangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah sejak sekian lama mengamalkannya.

“Keseluruhannya subsidi bahan makanan asas ini menelan belanja RM2.3 bilion dan dinikmati oleh seluruh rakyat tanpa mengira kaya atau miskin, bandar atau luar bandar. Oleh yang demikian, kita ingin bertanya, tidakkah ini dinamakan negara kebajikan?” katanya.

Bajet 2012 menyediakan peruntukan berjumlah RM232.8 bilion meliputi RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM51.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan akan melaksanakan sejumlah projek bagi tahun depan di bawah Pakej Rangsangan Khas berjumlah RM6 bilion untuk merancakkan pelaburan.

Perdana Menteri turut mengumumkan empat dana khas perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi mempergiatkan industri itu.

Dalam pada itu, berpegang kepada falsafah 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Najib turut menjanjikan proses besar islah undang-undang di bawah Program Transformasi Politik bagi membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara moden dan progresif sekali gus demokrasi yang berfungsi.

“Bajet yang baru saya bentangkan ini mendakap segenap taraf sosioekonomi rakyat, ia tidak meninggalkan yang berpendapatan rendah sekalipun menengah atau tinggi dan tidak pula meminggir mereka yang di bandar waima di desa,” katanya.

Perdana Menteri mengakhiri ucapan belanjawannya yang memakan masa dua jam itu dengan menegaskan kerajaan BN tidak tunduk kepada tekanan atau paksaan untuk mengambil jalan benar dan betul demi warga Malaysia.

“Kami yakin dengan perjuangan yang kami gandar ini bukan dibuat-buat atau ilusi silap mata sebagai guna menutup lompang keikhlasan dan kebobrokan sahsiah serta kemunafikan intelektual seperti sesetengah pihak,” tegasnya.

(sumber:Utusan Malaysia  http://www.utusan.com.my)

Baru di sini!

Salam 1Malaysia kepada seluruh warga Malaysia di mana jua anda berada

semoga segala perancangan anda berjalan lancar. keretakebal.wordpress adalah baru

dalam dunia elektronik meneroka ruang siber mengupas isu-isu semasa, isu-isu politik serta

hal-hal berkaitan dengan sains, teknologi dan kesihatan.

keretakebal.wordpress berhasrat menjadi medium dalam media baru menyalurkan pelbagai maklumat

dan kritikan dan memainkan peranan sendiri dalam pembangunan modal insan (untuk diri sendiri) dan

pembangunan negara.

Antara sumber yang dijadikan rujukan dalam keretakebal.wordpress adalah media seperti Berita Harian, Malaysiakini, blog-blog

persendirian, media antarabangsa, jurnal dan artikel dari website dan ia akan dikredit sebagai sumber yang sah.

Selamat berkunjung ke keretakebal.wordpress dan terima kasih kerana melayari keretakebal.wordpress.

Jangan lupa tinggalkan komen anda di sini!

 

Salam 1Malaysia

Gumpalan Label